ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Tak sempat nak intai dalam Proton X50 dah diselubung

Foto Intip

Views

Proton masih giat menguji model SUV kompak X50 dan baru-baru ini dikesan di sekitar bandar raya Ipoh. Foto-foto ini telah dikongsikan oleh rakan pembaca Alvin Lim semalam. Nampaknya hasrat kita untuk mengintai ruang dalaman masih lagi belum kesampaian kerana para penguji model ini lebih pantas membungkusnya ketika ia berhenti di kawasan kedai.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Unit yang diuji ini juga menggunakan unit sebenar versi Proton kerana kelihatan jelas jeriji dengan elemen rekaan busur (Ethereal Bow) dan Infinite Weave. Jika anda perasan di bahagian bumbung unit ujian berceloreng ini kelihatan satu objek berbentuk silinder dan kami tidak pasti apakan tujuan alat tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50

Setakat ini kami masih belum menerima apa-apa perkembangan terkini mengenai X50 dan dalam artikel terdahulu, percubaan pemasangannya dijangka bakal bermula pada bulan Mei nanti dengan jumlah 90 unit. Menurut risikan Mat Bond, pengeluaran X50 dijangka bakal bermula sekitar bulan Julai atau Ogos dan kami meramalkan pelancarannya mungkin dibuat sekitar bulan September atau Oktober tahun ini.

Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply