ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Tesla Model 3 ‘Highland’ mula jalani ujian suhu tinggi di China

Foto Intip

Views

Kelibat tiga unit ujian Tesla Model 3 ‘Highland’ (facelift) yang lengkap dengan pelitup hitam di beberapa bahagian telah berjaya dikesan di jalan raya sekitar Xinjiang, pada 22 Ogos lalu.

Foto intip tersebut telah dikongsikan oleh blogger dari China bernama 不看车. Difahamkan, unit ujian tersebut sedang menjalani ujian suhu tinggi.

Menurut laporan dari portal 36kr, fasa pengeluaran percubaan telah pun bermula di kilang Giga Shanghai, manakala penghantarannya akan bermula pada penghujung bulan September.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Difahamkan kos pengeluaran versi facelift Model 3 telah turun dengan drastik dan harga jualan model sedan elektrik itu dijangka bermula dari 200,000 yuan (RM127,760). Harga bagi versi semasanya pula dijual pada 231,000 yuan (RM147,563) di China.

Meskipun pelitup penyamarannya masih lagi tebal, kelihatan tangan pemandu di stereng pada unit ujian di tengah-tengah yang menunjukkan ia bukan lagi stereng jenis ‘yoke‘.

Kita juga dapat melihat bentuk lampu yang kelihatan seperti Model S. Kapasiti pengeluaran di kilang Giga Shanghai akan meningkat kepada kira-kira 1,200 unit pada pertengahan bulan September.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Model 3 baharu ini tidak akan mempunyai radar dan hanya menggunakan HW 3.5, bukan HW 4.

 

Pada 14 Ogos lalu, Tesla telah menurunkan harga Model Y sebanyak 14,000 yuan (RM8,958) serta menawarkan subsidi masa-terhad untuk insurans kereta untuk Model 3 sehingga 8,000 yuan (5,119).

Minggu lalu, Tesla meneruskan trend tersebut dan menurunkan harga untuk Model S dan Model X sebanyak 6 peratus di China.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 不看车 dan Weibo

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply