ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Daihatsu Rocky ‘merah’ dengan plat perdagangan milik Perodua ditemui lagi

Foto Intip

Views

Ini kali yang kedua, kelibat Daihatsu Rocky berwarna merah tanpa sebarang pelitup celoreng dengan hanya menggunakan plat perdagangan berjaya dikesan oleh orang awam.

Foto intipan terbaharu ini telah dimuat pemilik akaun Facebook bernama Lokman Ibrahim menerusi laman group Ativa Club Malaysia, sejak semalam.

Menurut Lokman, Daihatsu Rocky itu telah dikesan sekitar kawasan Selayang. Dalam artikel terdahulu, unit yang sama juga telah dikesan buat pertama kali di sekitar Dengkil, pada awal bulan ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Jika anda masih ingat, nombor plat perdagangan tersebut iaitu B 3062 A, pernah digunakan oleh pihak Perodua pada unit ujian Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid pada tahun 2021.

Apa yang menarik, unit ujian Rocky tersebut kelihatan menggunakan radar untuk sistem bantuan pemandu (ADAS) pada bahagian bawah logonya.

Sistem ADAS pada model semasa Perodua Ativa, Daihatsu Rocky dan Toyota Raize hanya menggunakan jenis kamera sahaja.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Berkemungkinan, Perodua kini sedang mempersiapkan versi facelift Ativa yang dijangka dilancarkan pada suku pertama (Q1) tahun 2024.

Menurut ejen perisik kami Mat Bond, Ativa facelift akan tiba terlebih dahulu sebelum model SUV Segmen-B, D66B pada Jun 2024.

Ativa facelift dikatakan akan mengalami perubahan kosmetik pada bahagian depan serta belakang. Dikhabarkan penampilan Ativa facelift adalah lebih garang dan sporty berbanding model semasa.

Ada kemungkinan ciri-ciri ADAS atau Perodua Smart Drive Assist (PSDA) pada Ativa facelift itu nanti akan ditambah dengan beberapa ciri baharu seperti Kawalan Jelajah Adaptif dan fungsi ‘Henti dan Mula’.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lokman Ibrahim

Foto kredit Hassanal Zafar

 

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply