ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Toyota Veloz 2022 selamba naik treler pengangkut tanpa sebarang pelitup!

Foto Intip

Views

Tatkala kembarnya Perodua Alza 2022 (D27A) masih lagi bermain ‘sorok-sorok’, Toyota Veloz 2022 dengan selamba menayangkan seluruh tubuhnya untuk tatapan umum tanpa seurat benang.

Foto beberapa unit pameran Veloz 2022 (D26A) sedang menaiki treler pengangkut, sempat dirakam oleh Khairul Asraf pada 7 Julai lalu.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Tidak dipastikan ke mana destinasi Veloz 2022 di atas treler itu, tetapi kami menjangkakan ia sudah mula dibawa ke pusat pameran seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Tempahan Veloz 2022 sudah pun mula dibuka sejak 24 Jun yang lalu. Untuk pasaran Malaysia, hanya satu varian sahaja akan ditawarkan, iaitu Toyota Veloz 1.5 A/T yang merupakan spesifikasi tertinggi dengan ciri-ciri termaju.

Lima pilihan warna ditawarkan, dua daripada merupakan dwitona berbumbung hitam iaitu Silver Metallic dan Blue Metallic, manakala selebihnya satu tona iaitu WhiteMetallic Bluish Black dan Red Metallic.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Dipasang secara tempatan (CKD) di kilang yang sama dengan Alza 2022 (D27A), ia dikuasakan oleh enjin 1.5L  (2NR-VE) yang digandingkan bersama transmisi CVT 7-kelajuan.

Dari aspek keselamatan, Veloz 2022 dilengkapi dengan Toyota Safety Sense, selain Brek Parkir Elektronik (EPB).

Veloz 2022 turut dilengkapi dengan pad pengecas nirwayar “Qi”, lampu depan jenis LED, lampu siang LED (DRL), tayar 205/50R17, rim aloi 17-inci, rel para bumbung dan kawalan pendingin hawa automatik.

Harga anggaran atas jalan (OTR) bagi Veloz 1.5 A/T adalah dari RM95,000 tidak termasuk insurans.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Khairul Asraf dan Toyota Malaysia

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply