ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Chery mula uji OMODA 5, bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi

Foto Intip

Views

Nampaknya ada satu lagi model yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Kelibat unit ujian Chery OMODA 5 yang lengkap dengan celoreng penyamaran berjaya di kesan di negara ini.

Foto-foto intipan tersebut telah dikongsikan oleh pengikut laman Facebook sahabat sekutu kami TheAjerul bernama FaRees Anuar.

Sebelum ini kelibat Chery Tiggo 5x facelift berceloreng telah berjaya dikesan, namun hingga ke hari ini pengeluar automotif dari China itu masih belum melancarkannya.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Chery memulakan pengeluaran sulung model global pertama mereka, OMODA 5 yang akan menjadi produk pertama di bawah era Chery 4.0 pada 8 Februari lalu.

Ia telah dibangunkan dalam tempoh 18 bulan untuk menjadi produk global, sejak penampilan pertamanya di Pameran Auto Guangzhou 2021.

Bakal seteru kepada Proton X50 dan Honda HR-V ini dikuasakan 1.6 liter TGDI yang menjana 197 PS dan 290 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Enjin ini digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwicekam (DCT) dan mampu memecut dari o-100 km/j dalam masa 7.8 saat.

Laman Facebook rasmi Chery Malaysia sejak semalam mula menjalankan kaji selidik bagi model OMODA 5 versi elektrik bagi mendapatkan maklum balas dan juga pandangan daripada rakyat Malaysia.

Versi elektrik merupakan varian tambahan kepada enjin pembakaran dalaman dan ia bakal berentap dengan Hyundai Kona Electric dan Ora Good Cat.

Selain OMODA 5, Chery Malaysia turut merancang untuk membawa masuk dua ahli keluarga Pro Family, iaitu Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro ke pasaran Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TheAjerul

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply