Sehingga ke hari ini, masih belum ada lagi info terbaharu mengenai tarikh pelancaran Perodua Alza 2022 (D27A). Sungguhpun begitu, tanda-tandanya semakin jelas kelihatan sejak beberapa minggu lalu.
Tatkala laman Facebook rasmi Perodua semakin galak ‘memainkan perasaan’ warganet dengan siri video acah terkini, beberapa foto terbaharu model MPV tujuh-tempat duduk itu mula tular di laman group ALZA 2022 sejak semalam.
Foto-foto yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama 林鲨 itu memaparkan kelibat dua buah treler pengangkut yang membawa beberapa unit Alza 2022 (D27A) yang masih berselindung dibawah kanvas hitam.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Ia telah berjaya dirakam pada waktu malam dan ini merupakan ‘taktik lazim’ Perodua bagi mengelakkan treler-treler ini lebih mudah ‘terdedah’ pada siang hari kepada orang awam.
Selain foto tersebut, terdapat dua lagi foto yang memaparkan sebahagian rupa Alza 2022 (D27A) dari arah depan dan juga belakang.
Bukan nak ‘mengampu’, tetapi jujur penulis katakan wajah Alza 2022 (D27A) jauh lebih menarik berbanding kembarnya, iaitu Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz di Indonesia.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Jika anda perasan, kebanyakan elemen rekaan pada bampar dan bentuk luaran jeriji banyak dipengaruhi oleh gaya rekaan Aruz. Ia tidak seperti Ativa ataupun Myvi facelift yang nampak lebih terkini.
Cuma penulis ‘berkenan’ dengan kemasan jeriji ala “Infinite Weave” Proton dengan kemasan hitam berkilat, sekali gus menjadikan model ini kelihatan lebih mewah.
Nantikan info-info selanjutnya dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit 林鲨
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI