ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Ujian Proton Persona facelift masih diteruskan

Foto Intipan

Views

Nampaknya Proton masih lagi meneruskan ujian model Persona facelift sehingga ke hari ini dan rakan kami Mohd Sabri Mohd Sirah telah berjaya mengesan model tersebut sekitar Kota Kemuning, Shah Alam pagi tadi. Walaupun sesi pratonton media telah diadakan dan tempahannya juga telah pun dibuka, nampak Proton terus komited untuk memastikan model ini diuji sepenuhnya sebelum ia dilancarkan.

Pada kami ini adalah satu perkembangan yang postif memandangkan model ini bukan sekadar mengalami perubahan kosmetik semata-mata. Semasa sesi pandu uji singkat di litar ujian Proton baru-baru ini, ternyata memang nampak ada peningkatan dari segi kadar NVH. Ia kini lebih senyap dan juga responsif.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Setakat ini tarikh pelancaran model ini dan juga Iriz facelift masih belum dimuktamadkan, namun ada desas-desus mengatakan kedua-duanya bakal dilancarkan serentak dalam masa terdekat. Pelancarannya perlu dilakukan secepat yang mungkin memandangkan model Persona telah kehabisan stok sejak bulan Februari lagi.

Kami juga berharap harga Persona dan juga Iriz facelift nanti tidak akan mengalami kenaikan yang agak ketara, sebaik-baiknya kekal dalam julat harga model semasa. Cara ini mungkin mampu menarik minat bakal pembeli yang sememangnya dah tak sabar untuk ‘bersembang’ dengan kereta baharu mereka nanti.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Kalau tengok Geely Jiaji tu ujian perbatuan menjangkau 2.5 juta km!! Mungkin ini bencmark baru ujian model Proton baru, sebab tu diuji sehingga ke titisan darah terakhir.

Leave a Reply