ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit pandu uji Perodua Axia 2023 (D74A) tengah isi minyak, tak sorok lagi dah…

Foto Intip

Views

Menjelang pelancaran rasminya esok, penulis amat bertuah kerana terserempak dengan dua unit pandu uji Perodua Axia 2023 (D74A) yang sedang mengisi minyak di stesen Shell, Taman Esplanade, Kuantan, petang tadi.

Kebetulan penulis baharu sahaja selesai mengisi petrol dan semasa menuju ke kereta penulis terlihat kelibat Axia 2023 (D74A) varian AV berwarna Coral Blue dan satu lagi varian (X atau G) berwarna Lava Red di depan mata.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Lantas, penulis pun segera lah mencapai telefon dan sempat merakam beberapa foto Axia 2023 (D74A) varian AV berwarna Coral Blue.

Ini kali pertama penulis menatap model ini secara langsung di tempat awam tanpa sebarang ‘hijab’ dan pada pandangan pertama ia memang nampak lebih mantap.

Secara keseluruhan, gaya reka bentuk Axia 2023 (D74A) boleh dikatakan evolusi daripada model sebelumnya dan beberapa elemen rekaan terdahulu diperlihatkan pada bahagian lampu, bentuk tingkap dan lampu belakang jenis tunggal.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Namun ia disuntik dengan gaya rekaan moden, meskipun lampu belakangnya hanya menggunakan mentol jenis biasa.

Kekuda (stance) Axia 2023 (D74A) juga kelihatan lebih rendah, manakala badannya nampak lebih tegap kerana ia lebih lebar.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Axia 2023 (D74A) esok. Kembarnya, Toyota Agya terlebih dahulu ‘melangkah bendul’ dan baharu sahaja membuat ‘debut sulung global’ di Indonesia siang tadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply