ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Agya baharu buat debut global di Indonesia, kembar Perodua Axia 2023 (D74A) ini ada versi GR Sport!

Berita Global

Views

PT Toyota Astra Motor (TAM) hari ini membuat ‘debut sulung’ global Toyota Agya serba baharu di Indonesia. Ia ditawarkan dengan dua pilihan varian, iaitu standard dan GR Sport.

Menurut portal otomotif.kompas, kembar Perodua Axia 2023 (D74A) dan Daihatsu Ayla ini digembar-gemburkan sebagai kereta bandar yang menarik dengan kualiti yang lebih baik dari segi ketahanan, keupayaan, keselamatan dan keandalan (reliability).

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ia juga seronok untuk dipandu, namun masih mengekalkan DNA utama Agya. Model yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) ini menampilkan gaya reka bentuk moden serta sporty.

Jika dibandingkan dengan Axia 2023 (D74A), perbezaan yang paling ketara hanyalah dari arah hadapan sahaja dengan rekaan lampu, jeriji dan bampar.

Manakala di bahagian belakang, boleh dikatakan ketiga-tiga kembar ini ‘seiras’. Ruang kabin Agya serba baharu juga dikatakan lebih luas dengan kapasiti muatan bagasi yang lebih besar.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Tidak seperti Axia 2023 (D74A), Agya serba baharu dikuasakan oleh enjin petrol 1.2 liter aspirasi alami (NA) WA-VE tiga-silinder yang mnghasilkan output sebanyak 88 PS dan 112 Nm daya kilas.

Enjin ini disambungkan kepada transmisi D-CVT. Setakat ini pihak TAM masih merahsiakan perincian mengenai spesifikasi dan harga jualan model ini di Indonesia.

Agya serba baharu hanya diperkenalkan semata-mata untuk membuat debut sulung global dan pelancaran rasminya dijangka akan dibuat secara berasingan kelak. Ini juga bermakna model tersebut masih belum dijual.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply