ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Unit ujian Persona dan Saga putih ditemui lagi, mungkin sedang menguji komponen baharu

Foto Intip

Views

Sekali lagi kelibat pasangan Proton Persona dan Saga berwarna putih, tanpa pelitup penyamaran dan menggunakan plat perdagangan telah berjaya dikesan pagi tadi, setelah kedua-duanya mula memunculkan diri, sejak semalam.

Kali ini, ia telah berjaya dirakam oleh rakan kami Darmizi Dahari di sekitar Tropicana Petaling Jaya menuju ke Taman Mayang.

Semakin jelas penampakkan lampu kabus belakang pada bahagian bawah bampar dan juga rim R3 bersaiz 16-inci berwana gelap pada model Persona.

Saga yang dihadapannya pula kelihatan kembalinya kemasan jejalur krom pada diffuser bampar belakang, tiada skirt sisi dan warna Snow White yang tidak ditawarkan pada varian Premium S semasa.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Proton telah memperkenalkan Persona yang dikemaskini pada bulan Ogos 2021, manakala Saga MC2 yang dipertingkatkan pula telah dilancarkan pada Mei tahun ini.

Menurut ejen perisik Mat Bond, ada kemungkinan kedua-dua model ini sedang menguji unit kawalan kestabilan elektronik (ESC) yang akan dibekalkan oleh vendor baharu, bagi menggantikan unit sedia ada.

Model ini juga dikatakan bukanlah untuk pasaran tempatan dan mungkin akan dieksport ke Afrika Selatan. Namun, timbul kemusykilan kerana model Persona sebenarnya tiada dalam senarai model yang akan dieksport ke negara tersebut.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Hanya Saga, X70 dan X50 sahaja yang akan ditawarkan di sana. Boleh jadi, ada perancangan terbaharu untuk membawa masuk model Persona ke Afrika Selatan pada masa akan datang, namun bukanlah dalam masa yang terdekat.

 

Mungkin juga ini ujian yang lazim dibuat oleh Proton sekiranya ada pertukaran komponen dan juga vendor. Kami agak yakin yang tiada penambahbaikan dibuat pada kedua-dua model ini tahun depan, memandangan kemaskini pada model semasa masih lagi baharu.

Untuk tahun depan (2023), Proton bakal memperkenalkan dua model baharu, iaitu crossover MPV tujuh-tempat duduk, Proton X90 (VX11) dan juga sedan segmen-C, Proton S50 (SS11).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply