ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton e.MAS 7 ‘mula turun’ ke jalanan!

Foto Intip

Views

Akaun Facebook rakan media kami di SoyaCincau.com berjaya menjadi antara yang terawal mengesan kelibat unit ujian model SUV elektrik Proton e.MAS, iaitu e.MAS 7.

Menurut mereka, unit ujian yang sarat dengan pelitup celoreng itu telah berjaya dikesan berhampiran dengan Puduraya dan Bukit Bintang pagi tadi.

Jika diperhatikan salah satu foto yang berjaya dirakam, kelihatan unit ujian tersebut merupakan versi pemanduan kanan (RHD) bagi ‘abang kembarnya’ iaitu Geely Galaxy E5.

Pada 2 Ogos lalu, Proton telah mempertontonkan dan mengumumkan nama model pertama mereka iaitu e.MAS 7 dan sehari selepas itu pula, Galaxy E5 dilancarkan secara rasmi di China.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Pelancaran rasmi e.MAS 7 dijadualkan pada pada akhir tahun ini. Sejak pengumuman jenama e.MAS pada Jun lalu, jumlah keseluruhan pengedar di seluruh Malaysia PRO-NET kini telah bertambah kepada 29 pengedar.

Dibangunkan bersama Geely, Proton e.MAS 7 adalah SUV segmen-C yang menampilkan pelantar Global Modular Architecture (GMA).

Dengan dimensi sepanjang 4,615 mm, lebar 1,901 mm, tinggi 1,670 mm, dan jarak roda 2,750 mm, e.MAS 7 menawarkan ruang dalaman yang cukup luas dengan reka bentuk luaran kontemporari.

Lebih daripada seratus jurutera Proton telah memberikan sumbangan secara langsung kepada projek ini, memastikan ia memenuhi keperluan rakyat Malaysia serta pengguna dari negara lain.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Kenderaan elektrik sepenuhnya ini menampilkan sistem pemacu elektrik terkini 12-dalam-1 yang canggih. Selain itu, Proton e.MAS 7 juga dilengkapi dengan seni bina bateri ‘Cell-To-Body‘ yang inovatif.

e.MAS 7 juga dilengkapi dengan sistem audio Flyme Auto yang diintegrasikan dengan sistem IHU tempatan. Proton telah melabur didalam pembangunan casis e.MAS 7 bagi memastikan dinamik pemanduan yang luar biasa sesuai untuk jalan raya di Malaysia.

SUV segmen-C ini telah menjalani ujian yang ketat, dengan 700,000 waktu kerja dan 10 juta kilometer ujian dilakukan untuk mengesahkan ketahanan dan keandalannya.

Dilengkapi dengan sistem yang sentiasa aktif, model ini mendapat manfaat daripada ujian dan kemas kini yang berterusan, termasuk penambahbaikan berkala pada sistem navigasi serta peningkatan perkhidmatan DHU dan TSP.

Pasukan PRO-NET juga telah membangunkan penyedia sistem telematik tempatan untuk menyokong kawalan kenderaan, navigasi, dan superApp Proton e.MAS.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit SoyaCincau.com

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply