Foto intip terbaharu Proton X50 FL (facelift) berjaya dirakam oleh salah seorang pembaca laman web PaulTan.org bernama Chun Yin Chan siang tadi.
Unit ujian tersebut berjaya dikesan di bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Agak mengejutkan, ia tidak lagi menggunakan model asas Geely Binyue Cool seperti yang telah ditemui pada November 2023.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
X50 FL akan menggunakan rekaan Geely Binyue L yang telah dilancarkan di China, tahun lalu. Tambah menarik, ejen perisik Mat Bond mengatakan yang model ini bukan sahaja menggunakan rekaan Binyue L, malah ia turut berkongsi rangkaian kuasanya.
Ini bermakna, X50 FL nanti akan menggunakan enjin baharu 1.5 liter empat-silinder turbo yang mampu menjana 180 PS dan 290 Nm daya kilas.
Menurut Mat Bond, rekaan papan pemukanya dikatakan akan sedikit berbeza dengan versi Binyue L. Rekaan papan pemuka X50 FL dikhabarkan lebih ringkas dan kemas.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Sahabat kami yang sememangnya pakar dalam manipulasi digital, iaitu Theophilus Chin@Theottle juga pernah membuat gambaran awal X50 FL menggunakan asas Binyue L, tahun lalu.

Jadi, anda sudah mendapat gambaran awal bagaimana wajah baharu X50 FL nanti. X50 FL bakal dilancarkan tahun ini bersama-sama model baharu Saga MC3@AMA01, sebuah model dari pelantar GMA berkemungkinan e.MAS 7 PHEV dan juga S70 MC.
Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Chun Yin Chan via PaulTan.org
Geely Binyue L
Foto kredit Theottle via PaulTan.org
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI