ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar lebuh raya NKVE

Foto Intip

Views

Agak lama juga kami tidak menyiarkan artikel berkaitan foto intipan bakal model Proton X90 (namakod VX11) kan? Unit ujian model yang dikatakan oleh Guy Burgoyne sebagai sebagai cross MPV pertama dari Geely itu telah dikesan sekitar lebuh raya NKVE, petang semalam.

Foto-foto tersebut telah dimuatnaik ke laman Facebook sahabat sekutu kami, The Ajerul dan masih lagi sarat dengan pelitup penyamaran. Buat masa ini belum ada maklumat terkini berkenaan model crossover MPV tersebut yang dijangka bakal dilancarkan tahun hadapan.

Di Filipina, model ini dikenali sebagai Geely Okavango dan dari segi penggayaan, ia kelihatan seperti sebuah SUV dengan bentuk badan yang nampak ‘sado’, garis karektor bersudut tepat dan lega tanah yang agak tinggi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Ruang kabinnya menggunakan konfigurasi seperti-MPV dengan susun atur ruang fleksibel, yang mempunyai 19 konfigurasi tempat duduk. Tempat duduk baris keduanya boleh dilipat satu per satu bagi memaksimumkan ruang.

Di Filipina, Geely Okavango ditawarkan dalam dua varian iaitu asas (Comfort) dan andalan (Urban). Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder petrol 1.5 liter turbo dengan sistem hibrid ringan 48-volt yang mampu menghasilkan 190 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas.

Kombinasi enjin petrol dan hibrid ini digandingkan pula dengan transmisi 7-kelajuan dwi-cekam (7DCT) yang memacu roda hadapan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Di China, Geely Hao Yue ditawarkan dengan dua pilihan penjana, iaitu enjin tiga silinder 1.5 liter turbo yang mampu menjana 174 kuasa kuda dan 255 Nm daya kilas, manakala satu lagi pilihan, iaitu enjin empat silinder 1.8 liter turbo pula mampu menghasilkan 181 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas.

Dalam perkembangan berasingan, ada ura-ura mengatakan yang Proton sedang merancang untuk menghasilkan sebuah model kenderaan elektrik (EV) penuh dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Tidak dipastikan model Geely manakah yang bakal menjadi EV pertama Proton dan ada khabar angin mengatakan ia berkemungkinan model sedan. Apa pun, kita nantikan info terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply