ARKIB

KATEGORI

Buletin

Intipati Belanjawan 2023 ‘Malaysia Madani’ untuk segmen automotif dan pengangkutan

Berita Tempatan

Views

Petang tadi Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2023 ‘Malaysia Madani’ di Dewan Rakyat.

Berikut antara intipati Belanjawan 2023 yang berkenaan dengan automotif dan pengangkutan:

  • Kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-hailing.
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.7 bilion untuk tujuan penyelenggaraan dan naik taraf jalan persekutuan.
  • RM1.5 bilion disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

  • Kerajaan menyediakan RM100,000 untuk setiap daerah untuk mengatasi isu jalan-jalan berlubang dan khidmat Jurutera Daerah akan digunakan bagi menyegerakan penurapan kerosakan jalan persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima.
  • RM50 juta disediakan untuk memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan tinggi dengan segera.
  • Kerajaan akan meningkatkan pemberian Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) yang
    bertujuan untuk menyelenggarakan jalan negeri kepada RM5.2 bilion.
  • Menaik taraf jaringan lebuh raya ke Pengerang dengan membina lorong memotong di Senai-Desaru Expressway.
  • Menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan laluan Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa 1 kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

  • Pembinaan jalan baharu di Cameron Highlands (Habu-Tanah Rata) dengan kos sebanyak RM480 juta.
  • Menaik taraf Jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh AMJ Daerah Melaka Tengah dengan kos sebanyak RM300 juta.
  • Membina jalan dan jambatan bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang dengan kos projek bernilai RM160 juta.
  • Meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak-Sabah Link Road dengan kos keseluruhan RM20 bilion dengan jajaran lebih daripada 1,000 kilometer.
  • Kerajaan akan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 yang memberi manfaat kepada hampir 180 ribu pengguna.
  • Prasarana juga akan memperkenalkan Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bharu yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program SBST.
  • Kerajaan juga menyediakan RM150 juta antaranya bagi memperluas pelaksanaan Program SBST ke bandar Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu.

Apa pandangan anda mengenai Belanjawan 2023 ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anwar Ibrahim

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply