ARKIB

KATEGORI

Tular

Isteri menggigil tengok video suami nyaris dihempap lori simen terbalik

Tular

Views

Seorang penunggang motosikal nyaris maut dihempap sebuah lori simen yang terbalik, dipercayai selepas terbabas dalam kejadian di Persiaran Pulau Lumut, Alam Budiman, Seksyen U10, pagi semalam.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian kira-kira jam 9.33 pagi itu, lelaki terbabit yang menunggang motosikal seorang diri bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Menerusi video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial itu, mangsa dilihat sempat mengelak dan hanya terkena sipi bahagian belakang lori terbabit.

Video itu turut dikongsi seorang pemilik akaun Facebook dipercayai isteri mangsa dikenali sebagai Noor Nazrah.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

“Allahuakhbar gigil satu badan dapat video ini, menangis depan suami…teresak-esak cakap Allah sayang kita.. Allah bagi peluang pada kita.

“Yang bawa motor itu (merujuk video tular) (adalah) suami saya, Alhamdulillah Allah maha baik, Allah bagi peluang pada kami semua..lemah semangat tengok video ini..terus panas badan macam nak demam,” katanya dalam hantaran di Facebook itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan hari ini mengesahkan kejadian kemalangan terbabit.

Kira-kira jam 11.17 pagi semalam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menerima satu laporan kemalangan jalan raya di Persiaran Pulau Lumut membabitkan sebuah lori dan sebuah motosikal.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika lori membawa muatan simen (buyung) sedang bergerak masuk susur sebelah kiri dari arah Persiaran Mokhtar Dahari hilang kawalan dan terbabas masuk ke haluan bertentangan disebabkan keadaan jalan susur yang sedikit menurun.

Akibat kejadian ini, lori terbabit terbalik dan bahagian belakang lori terkena sebuah motosikal yang sedang bergerak lurus dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, Mohd Iqbal berkata, kedua-dua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan luka di bahagian anggota badan dan menerima rawatan di hospital terdekat.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat BSPT IPD Shah Alam, Sarjan Mohd Riduwan Hamidi di talian 011-26928229.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply