ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia perkenal Civic e:HEV RS – Model pertama dijana enjin 2.0L e:HEV baharu, harga RM166,500

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan varian tambahan Civic, iaitu e:HEV RS yang dikuasakan oleh rangkaian kuasa 2.0L e:HEV baharu. Ini merupakan julung kalinya rangkaian kuasa itu diperkenalkan pada model Civic dan juga Honda Malaysia.

Ini bermakna, Civic e:HEV RS turut mengikut jejak beberapa model Honda e:HEV yang lain, termasuklah City, City Hatchback dan juga HR-V serba baharu.

Empat pilihan warna ditawarkan, iaitu Ignite Red, Meteoroid Gray, Platinum White Pearl dan Crystal Black Pearl, manakala harga atas jalannya pula adalah RM166,500.00.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, setakat ini hampir 7,000 unit generasi ke-11 Civic telah terjual di pasaran tempatan dan masih mengekalkan takhta dalam segmennya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Rangkaian kuasa e:HEV menggabungkan dua motor elektrik yang dipadankan dengan transmisi e-CVT bersama Unit Kuasa Pintar (IPU). Ia mampu menghasilkan output 184PS dan 315Nm daya kilas yang setanding dengan model dalam segmen-D.

Dari segi reka bentuk luaran, ia tampil dengan penggayaan RS bersama tambahan kemasan cincin krom pada lampu depan dan jeriji, pemegang pintu kemasan separa hitam krom, lencana H biru dan emblem e:HEV.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan rim aloi dwitona 18-inci dan kemasan paip ekzos tunggal. Di ruang kabin, buat pertama kalinya Honda Malaysia memperkenalkan meter TFT penuh 10.2-inci, pengecas nirwayar dan kad kunci untuk kemasukan tanpa kunci dan penghidup enjin.

Ia turut hadir dengan Paparan Audio Termaju 9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay™ nirwayar. Ciri unik lain model ini adalah Power Flow Display yang menyokong pemanduan mesra alam dengan menunjukkan aliran tenaga dalam kereta.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Beberapa penambahbaikan turut dibuat kepada Bunyi, Getaran dan Kekasaran (NVH) Civic e:HEV RS, di mana Kawalan Bunyi Aktif (ANC) berfungsi bersama-sama dengan Kawalan Bunyi Aktif (ASC) untuk mengurangkan hingar luar sambil mempertingkatkan bunyi enjin.

Civic e:HEV RS turut didatangkan dengan ciri keselamatan Honda SENSING yang dipertingkatkan merangkumi:

  • Sistem Brek Cegah Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Pemberitahuan Kereta Di Hadapan (LCDN)
  • Sistem Cegah Terbabas (RDM)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Ikuti Kelajuan Rendah (LSF)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Honda LaneWatch, Kunci Automatik Sambil Beredar, Penghidup Enjin Kawalan Jauh, Peringatan Tali Pinggang Belakang dan Pemantau Fokus Pemandu.

Honda CONNECT juga ditawarkan yang merangkumi Teknologi Telematik seperti Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Kawalan Jauh, Aplikasi Keselamatan, Penjejakan Kenderaan dan Perkhidmatan Sokongan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply