ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu penapis minyak bocor dijangka selesai pertengahan tahun ini – Perodua

Berita Tempatan

Views

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangkakan isu penapis minyak bocor yang dikaitkan dengan vendornya dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata masalah itu membabitkan hampir 40,000 unit kenderaan merangkumi Aruz dan model kenderaan yang mengadaptasi platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) seperti Alza dan Ativa.

Jelas beliau, vendor sedia ada perlu membuat penambahbaikan dalam tempoh tertentu yang ketika ini pihaknya sedang memantau berasaskan kepada penambahbaikan yang mereka tunjukkan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ini boleh dilihat menerusi data yang mereka kumpul, yang mana kadar tuntutan jaminan telah menurun semenjak Februari. Ini bermakna penapis minyak yang sudah diganti tidak lagi mengalami masalah,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempamerkan kereta elektrik konsep pertamanya di pameran Malaysia Autoshow 2023, di Serdang, hari ini.

Pada masa yang sama, Zainal Abidin berkata, Perodua turut mengkaji beberapa vendor yang lain sebagai langkah alternatif bagi menyelesaikan masalah itu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pihaknya telah berbincang dengan beberapa pembekal di seluruh dunia yang boleh memenuhi permintaan penapis minyak model DNGA itu.

Beliau menjelaskan, kereta hasil pengeluaran pengilang komponen asal (OEM) tidak terkesan dengan isu terbabit kerana telah menepati kesemua piawaian mengikut keperluan pengeluaran.

Namun, isu itu membabitkan kereta ‘aftermarket‘ (alat ganti alternatif) yang menggunakan pembekal berbeza berbanding dengan OEM, tambahnya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Izzat Hakim Othman dan Msi North

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply