ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lesen memandu boleh diperbaharui sehingga 10 tahun mulai 8 Mei ini – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Orang ramai boleh memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) masing-masing untuk tempoh maksimum 10 tahun, berbanding had lima tahun pada masa ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana Kementerian Pengangkutan yang boleh diambil peluang orang ramai mulai 8 Mei ini di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.

Ujar beliau, mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja.

Ini bermakna, ada diskaun 10 peratus, untuk makluman bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30.

“Bagi orang ramai yang berminat, mereka hendaklah memastikan baki tempoh sah laku LMM semasa adalah tidak melebihi satu tahun.

“Orang ramai juga akan dibenarkan memperbaharui LMM antara 1 sehingga 10 tahun mengikut pilihan masing-masing tertakluk kepada had maksimum 10 tahun.

Namun, hanya pembaharuan 10 tahun sekali gus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun ke-10,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang atau Kad MyKAS yang mana terikat dengan tempoh sah laku pasport individu terbabit.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Loke berkata, inisiatif kedua adalah kebenaran khas pembaharuan LMM tamat tempoh.

Beliau berkata, ia mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sepanjang pandemik COVID-19 serta kekangan dihadapi rakyat Malaysia di luar negara yang tidak dapat memperbaharui LMM masing-masing kerana tidak berpeluang untuk pulang ke tanah air.

“MOT akan memberi kebenaran khas kepada mana-mana pemegang LMM yang telah tamat tempoh sah laku untuk memperbaharui LMM masing-masing tanpa perlu menjalani semula ujian.

“Namun, kebenaran khas ini hanya terhad kepada LMM yang mana tempoh sah laku telah tamat mulai 1 Januari 2018 dan ke hadapan sahaja.

“Tempoh kebenaran khas ini hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 sahaja. Peraturan sedia ada akan berkuat kuasa semula pada 1 Januari 2024.

“Untuk makluman, ketika ini dasar sedia ada sesiapa lesen mereka yang sudah tamat tempoh melebihi tiga tahun dia tak boleh perbaharui lagi, kena ambil ujian semula.

“Contoh seorang jurutera yang berkhidmat di sebuah syarikat di Turki. LLM beliau telah tamat tempoh pada Jun 2018 dan beliau bercadang untuk pulang ke tanah air sebelum Jun 2021 untuk memperbaharuinya lesennya.

“Namun, PKP dikuatkuasakan pada Mac 2020 dan beliau tidak dapat kembali ke tanah air sehingga Januari 2022. Beliau mendapati LLMnya telah tamat tempoh melebihi tiga tahun dan terpaksa mengambil semula ujian memandu.

“Dengan kebenaran khas ini, beliau boleh memperbaharui LLMnya seperti biasa sekiranya beliau membuat demikian sebelum 31 Disember 2023,” katanya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Beliau berkata, inisiatif dan kebenaran khas ini hanya boleh dinikmati oleh pemegang LMM yang bebas daripada sebarang sekatan urus niaga JPJ dan tidak disenarai hitam Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bebas daripada sebarang penggantungan akibat suatu hukuman atau Perintah Mahkamah.

“Bagi kedua-dua inisiatif dan kebenaran khas yang telah diumumkan, orang ramai boleh mula menikmati kemudahan itu mulai 8 Mei ini dengan berurusan di pejabat atau kaunter JPJ sahaja pada ketika ini.

“Pelaksanaan urus niaga terbabit melalui platform disediakan oleh rakan niaga JPJ seperti Pos Malaysia akan tertakluk kepada kesediaan perubahan sistem oleh pihak berkenaan.

“Jadi yang nak perbaharui 10 tahun atau tamat tempoh lebih tiga tahun nak perbaharui,kena pergi pejabat JPJ sebab sistem sudah dinaik taraf, kalau pergi ke POS Malaysia atau menggunakan platform dalam talian kemungkinan sistem mereka belum dikemas kini lagi, ia akan ambil sedikit masa untuk dinaik taraf,” katanya.

Loke berkata. dianggarkan lebih sejuta individu yang memiliki LMM yang tamat tempoh antara tiga hingga lima tahun.

“Dengan inisiatif ini akan dapat membantu ramai orang yang terlepas untuk memperbaharui semasa tempoh PKP. Perubahan dasar ini dibuat kerana saya terima banyak respons yang minta diberi pengecualian, jadi kita buat satu moratorium atau satu tempoh yang beri peluang kepada semua orang,” katanya.

Katanya, JPJ juga akan menyediakan senarai Soalan Lazim (FAQ) mengenai kedua-dua inisiatif atau kebenaran khas berkenaan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk kepada FAQ disediakan atau berhubung terus dengan talian khidmat pelanggan JPJ,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply