ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu penapis minyak kerap bocor, ini jawapan CEO Perodua

Berita Tempatan

Views

Sejak kebelakangan ini, isu kebocoran penapis minyak semakin kerap di’rungutkan’ oleh segelintir pemilik beberapa model keluaran Perodua terutama Aruz di media sosial Facebook dan TikTok.

Menurut rakan media kami Careta.my, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya sudah pun mengambil maklum berkenaan masalah yang menimpa pemilik Perodua terbabit.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Jelas beliau, masalah ini berpunca daripada pembekal selepas pasaran (aftermarket), dan bukannya pembekal OEM.

Oleh yang demikian, pihaknya telah berbincang dengan pembekal alat ganti tulen itu tadi untuk meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran bagi menangani isu ini.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Tambahnya lagi, disebabkan masalah kapasiti pembekalan, pengeluar OEM tidak dapat membekalkan komponen tersebut untuk pasaran aftermarket.

Pihak Perodua telah pun bincang dengan mereka (pembekal OEM) bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran supaya mereka juga dapat membekalkan komponen tersebut untuk pasaran aftermarket.

Perodua juga berharap pengeluar alat ganti aftermarket sedia ada dapat meningkatkan kapasiti produksi serta menambahbaik kualiti pengeluaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Izzat Hakim Othman dan Msi North

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply