ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Commerce catat rekod baharu pada 2022, jadi pembiaya utama model Saga

Berita Tempatan

Views

2022 merupakan tahun yang cemerlang buat Proton serta anak syarikatnya. Pengeluar kereta nasional itu mencatatkan jumlah jualan sebanyak 141,432 unit, yang merupakan jumlah tertinggi bagi syarikat sejak tahun 2013.

Ini sekali gus mengekalkannya pada posisi kedua dalam carta jualan automotif nasional. Cabang pinjaman kewangan Proton, iaitu Proton Commerce Sdn. Bhd. (Proton Commerce) yang berjaya memanfaatkan pertumbuhan dalam jualan mencatatkan rekod baharu bagi pengeluaran pinjaman.

Proton Commerce yang ditubuhkan pada 27 Oktober 2003 adalah usaha sama antara Proton Edar dan CIMB dengan tujuan menyediakan pinjaman kewangan untuk pembeli Proton.

Prestasi syarikat telah mencerminkan pertumbuhan Proton dalam trajektori jualan dan tahun lepas, Proton Commerce mencatatkan keputusan terbaik dalam sejarah mereka.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Bagi tahun 2022, Proton Commerce mengeluarkan sebanyak 22,467 pinjaman kepada pembeli Proton. Angka itu dicapai selepas lapan daripada dua belas bulan mencatat lebih daripada 2,000 pinjaman dengan bulan September mencapai angka tertinggi sepanjang masa iaitu sebanyak 2,872.

Secara keseluruhan, pertumbuhan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 54 peratus berbanding tahun 2021. Pada masa yang sama, perkembangan jumlah pengeluaran dicerminkan dengan peningkatan dalam kadar kelulusan pinjaman di mana bulan Mei dan Jun mencapai kadar kelulusan tertinggi sepanjang masa sebanyak 59 peratus.

Proton Commerce turut menjadi pembiaya utama bagi model terlaris Proton, iaitu Saga. Bermula dari suku keempat tahun 2021, Proton Commerce telah menjadi peneraju pasaran untuk model itu selama lima suku berturut-turut dan pada bulan November, 32 peratus daripada jumlah unit Saga dibiayai olehnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce, Mooi Fi Phang, meskipun menghadapi permulaan yang sukar bagi tahun 2022, pihaknya sempat memulihkan keadaan dan menebus semula peluang yang terlepas untuk muncul dengan rekod pengeluaran baharu.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Untuk tahun 2023, pihaknya menyasarkan untuk meningkatkan jumlah keseluruhan dan kadar kelulusan yang lebih tinggi dengan mengambil kesempatan terhadap populariti berterusan model Proton serta pengenalan model baharu.

Pada tahun 2023, Proton Commerce telah mengumumkan manfaat baharu untuk pelanggannya. Berkuat kuasa dengan serta-merta, kesahihan Letter Of Undertaking (LOU) yang dikeluarkan akan dilanjutkan daripada 90 hari kepada 180 hari yang akan memudahkan pembeli model Proton yang menghadapi masa menunggu yang lama untuk varian pilihan mereka.

Tambah beliau, selain memanjangkan kesahihan LOU kami, Proton Commerce juga akan mengekalkan kadar faedah yang ditawarkan pada masa kelulusan dan kerana pihaknya menawarkan pembiayaan kadar tetap.

Ini bermakna, pelanggan tidak perlu bimbang tentang peningkatan bayaran bulanan dan ia akan memberi manfaat kepada pembeli Proton yang menunggu kereta selain membantu mengawal perbelanjaan peribadi mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply