ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu ‘penipuan’ data ujian perlanggaran Daihatsu – Axia baharu selamat dan tidak akan dipanggil balik

Berita Tempatan

Views

Pada 28 April lalu, Daihatsu Co. Ltd telah mengeluarkan kenyataan media berhubung dengan ‘ketidakaturan prosedur‘ ujian membabitkan empat model termasuklah Perodua Axia baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad tampil memberi penjelasan berhubung status model tersebut.

Menurut beliau, Daihatsu Co.Ltd telah dilantik dan dipertanggungawabkan oleh Perodua untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Axia baharu di Jepun.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ujian tersebut telah disaksikan oleh pihak berkuasa serta agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak yang terbabit.

Sebaik sahaja menerima berita berkenaan oleh Daihatsu, pihaknya telah menghubungi pihak terbabit serta merta bagi mengenalpasti sama ada standard keselamatan Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya.

Perodua telah diberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Axia baharu tetap sah dan diperakui, walaupun Daihatsu membuat pendedahan sedemikian.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ini bermakna, Axia baharu adalah selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat oleh Perodua dan tidak akan menghentikan penghantarannya kepada para pelanggan.

Perodua ingin memohon maaf di atas segala kekeliruan yang berlaku kepada para pelanggan berhubung perkara ini dan memberi jaminan bahawa segala maklumat keselamatan dan spesifikasi semua model adalah diperakui badan profesional.

Perodua akan terus memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai. Perodua sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan para pelanggan dan akan terus berbuat demikian sebagai sebahagian daripada amalan mereka dalam menjangkaui setiap jangkaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply