ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pakai nombor plat ‘Sayang Awokk’, penunggang Yamaha RX-Z 135 Catalyzer ditahan

Berita Tempatan

Views

Seorang penunggang motosikal ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran mengelirukan di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan pada awal pagi Ahad.

Lelaki berusia 25 tahun yang menetap di Permatang Badak itu ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran ‘sayang awokk‘ pada motosikal Yamaha RX-Z 135 Catalyzer miliknya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, suspek antara yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan dijalankan Bahagian Siasatan dan Pencegahan Trafik (BSPT) daerah Kuantan antara jam 1 hingga 5 pagi Ahad.

Menurutnya, operasi itu dilakukan oleh seorang pegawai bersama tujuh anggota dari BSPT daerah Kuantan. Suspek disiasat mengikut Seksyen 108 (3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kita pun ‘sayang awok jugok’ dan ibu bapa atau penjaga mohon pantau anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit,” katanya pada Ahad.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Tambah Kamarulzaman, dua lagi individu yang masing-masing berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu. Kedua-dua suspek melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) di jalan Tanah Putih dekat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kesemua suspek dibawa ke balai polis trafik Kuantan untuk siasatan lanjut. Beliau berkata, sebanyak 66 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi tersebut.

Katanya, kesalahan membabitkan nombor pendaftaran kenderaan antara paling tinggi iaitu sebanyak 19 notis. Kesalahan lain yang dikesan seperti cermin sisi sebanyak 14 notis, ubah suai kenderaan (12), ekzos (8), lesen pula empat dan sebagainya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Trafik Kuantan

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply