ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu RFID, pengguna lebuh raya perlu diberi pilihan – Perdana Menteri

Berita Tempatan

Views

Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan perlu diberikan pilihan dan tidak dipaksa untuk menerima sistem bayaran tol secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

K! ONLINE melaporkan, perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sambil menambah, jika ia perlu dikenakan kos bayaran tertentu, isu itu wajar dibawa kepada rujukan Kabinet.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Beliau sudah mengarahkan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) untuk memanggil syarikat pemegang konsesi (PLUS Expressway Berhad) untuk berbincang dahulu mengenai pelaksanaan sistem ini.

Malah, mesyuarat mingguan jemaah Kabinet bersetuju sekiranya ada melibatkan bayaran tertentu oleh pengguna, mereka (syarikat konsesi) perlu merujuk kepada Kabinet.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Isu RFID menarik perhatian ramai apabila dilaksanakan PLUS bermula 15 Januari lalu yang meliputi kenderaan kelas 1 bermula dari Plaza Tol Juru di Pulau Pinang hingga Skudai, Johor.

Sebelum itu, projek perintis tersebut sudah dilaksanakan secara ujian melibatkan Plaza Tol Hutan Kampung di utara Kedah sehingga Sungai Dua, Pulau Pinang pada awal tahun 2020 lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply