ARKIB

KATEGORI

Buletin

Unit terawal Proton X70 CKD Pakistan mula keluar dari barisan pengeluaran

Berita Global

Views

Selepas Saga, kini tiba giliran Proton X70 pemasangan tempatan (CKD) Pakistan mula dikeluarkan dari kilang pengeluaran milik Al-Haj Automotive yang terletak di Karachi. Ini merupakan julung kalinya SUV serba canggih itu dipasang di negara Pakistan.

Al-Haj telah membina kilang serba moden dan canggih yang mengadaptasikan teknologi dan kelengkapan  terkini bagi memastikan Proton X70 pemasangan tempatan itu menepati Piawaian Kualiti Global Proton.

Kilang tersebut telah direka khusus bagi menepati kehendak dan keperluan pemasangan kenderaan canggih dan pintar seperti Proton X70.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Salah satu daripada ciri canggih tersebut termasuklah robot mengecat 7-paksi yang merupakan standard terbaik dalam industri.

Al-Haj juga bekerjasama rapat dengan pakar teknikal dari Proton Malaysia untuk membina fasilti pengeluaran X70 yang turut memiliki keupayaan untuk memasang dan menentukur (calibrate) Sistem ADAS pada model tersebut.

Fasiliti ini bukan sahaja terdapat di kilang, bahkan ia turut tersedia di semua pengedar 3S yang sah seluruh Pakistan.  Al-Haj turut berjanji untuk menyelesaikan isu penghantaran dan memenuhi semua tempahan tertunggak bagi unit CKD X70.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Penghantaran Proton X70 pemasangan tempatan dijangka akan bermula dari Mac 2022. Kualiti binaan dan ciri X70 pemasangan tempatan sama dengan versi import kerana Proton terus menetapkan “Standard Industri Baharu” di Pakistan.

Harga bagi model Proton X70 CKD Pakistan bermula dari Rs 4,690,000 (RM111,391) untuk varian Executive serta Rs 4,990,000 (RM118,507) untuk varian Premium 2WD. Ia dilengkapi dengan enjin 1.5 T-GDI yang menjana 176 kuasa kuda dan 255 Nm daya kilas.

Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi 7-kelajuan dwi-cekam (DCT). Lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Snow White, Armour Silver, Ruby Red, Space Gray dan Quartz Black.

Proton Pakistan turut mencatat sejarah kerana muncul sebagai pengeluar pertama yang menawarkan waranti selama lima-tahun atau 150,000km di negara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply