ARKIB

KATEGORI

Buletin

WX-R Vorteq – Senjata baharu pelumba trek negara buru emas pertama Olimpik

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, pelumba trek negara bakal menggunakan basikal ‘istimewa’ dalam usaha memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 24 Julai hingga 9 Ogos depan. Basikal ini telah direka bagi mengikut kesesuaian tiga pelumba negara iaitu Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis.

Ia diperbuat daripada bahan gentian karbon yang lebih keras tetapi ringan dengan menggunakan teknologi aerodinamik terkini untuk memastikan rintangan angin lebih rendah, telah dilancarkan secara rasmi semalam. Basikal berkenaan dihasilkan menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd., yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan aerodinamik.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli, berkata kerajaan Malaysia melalui Program Podium mengambil langkah proaktif menggunakan teknologi terkini dalam perlumbaan trek untuk membantu Malaysia merealisasikan impian di Sukan Olimpik berkenaan.

Katanya, sejak tiga tahun bekerja bersama-sama dengan pakar dari United Kingdom, banyak perkara mereka belajar melalui projek ini seperti mengubah kedudukan latihan atlet bagi menghasilkan kuasa dalam kelajuan untuk kuasa output yang sama. Tambah beliau, pihaknya berusaha mencari kaedah di mana mereka mampu mencari pengurangan seretan udara dan ini adalah keseluruhan projek tersebut.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Berdasarkan syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), basikal yang digunakan bagi Sukan Olimpik perlu berada di pasaran, dan basikal model WX-R Vorteq itu sudah berada di pasaran sejak 1 Januari lalu dengan sebuah basikal berharga RM300,000.

Basikal berkenaan juga telah menarik minat pasukan dari Lithuania dan Greece. Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley berkata basikal khas itu telah digunakan oleh pelumba negara pada Kejohanan Dunia di Berlin, Jerman, baru-baru ini, dengan Azizulhasni berjaya mengutip dua gangsa dalam acara keirin dan pecut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Institut Sukan Negara

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply