ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu D-Max generasi ketiga atasi rekod jualan tahun 2016, hampir catat jumlah jualan berganda

Berita Tempatan

Views

Isuzu Malaysia menutup tirai 2022 dengan cukup bergaya dengan berjaya menjual sebanyak 9,211 unit model trak pikap Isuzu D-Max.

Angka jualan tersebut hanya kekurangan beberapa unit sahaja lagi untuk membolehkan syarikat mencatat jualan sekali ganda berbanding pada 2021.

Ia sekali gus berjaya mengatasi rekod jualannya sebelumnya iaitu sebanyak 6,480 unit pada 2016.

Prestasi membanggakan ini disumbangkan oleh minat meluas terhadap model 1.9 liter yang mengisi 79 peratus daripada portfolio keseluruhan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ia telah berjaya menjadi pilihan, terutama di Semenanjung Malaysia, di mana 55 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan trak pikap tersebut.

Varian perdana (flagship) X-Terrain juga semakin popular di kalangan pelanggan bagi segmen trak pikap gaya hidup, dengan 877 unit telah diserahkan meskipun masih dikira baharu dalam pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, walaupun berdepan dengan kekurangan stok dari kilang, Isuzu D-Max generasi ketiga mencapai tahap membanggakan dari segi penembusan pasaran.

Bahkan Isuzu D-Max generasi ketiga turut menerima beberapa pengiktirafan dan anugerah, bukan hanya untuk varian flagship X-Terrain tetapi juga varian lain, serta turut dinobatkan sebagai “Pick-Up Truck of the Year“.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Selain itu, ia turut menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP serta jaminan tanpa had selama tujuh-tahun, terutama melalui varian X-Terrain.

barisan Isuzu D-Max turut menawarkan kelegaan fikiran, terutama melalui varian X-Terrain yang diberikan jaminan tanpa had selama tujuh-tahun, yang pertama seumpamanya untuk trak pikap.

Ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo pula, tumpuan mereka tahun ini adalah untuk memastikan pengalaman pelanggan kekal positif dalam usaha mereka untuk memendekkan tempoh menunggu dan memperluaskan rangkaian.

Barisan model yang ditawarkan untuk D-Max bermula dari varian Single Cab, diikuti 4×2 Automatik Double Cab yang ekonomikal, serta model 4×4 dan juga yang paling canggih, X-Terrain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply