ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak sampai 3 jam, cubaan larikan Toyota Hilux gagal

Berita Tempatan

Views

Dua lelaki ditahan polis kurang tiga jam selepas melarikan pacuan empat roda Toyota Hilux di sebuah kedai menjual kenderaan terpakai di Jalan Langgar di Alor Setar, semalam.

Harian Metro melaporkan, kedua-duanya yang berusia 43 dan 45 tahun itu ditahan pada serbuan berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di Pendang serta Jitra.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, terdahulu, seorang daripada suspek mengunjungi kedai berkenaan jam 10.30 pagi, dan berpura-pura mahu membeli Toyota Hilux itu.

Bagaimanapun, suspek melarikan kenderaan itu sebelum pemilik kedai membuat laporan polis. Hebahan berkaitan kejadian dibuat sebelum anggota IPD Kota Setar berjaya mengesan suspek pertama dan menahannya di sekitar Pendang jam 1.30 tengah hari.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Menurut beliau, susulan itu, suspek kedua dapat ditahan di Jitra jam 3 petang, hari yang sama. Pihaknya menemukan semula Toyota Hilux berkenaan selain merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Jitra.

Tambah beliau lagi, kedua-dua suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Kota Setar

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply