ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengguna anggap harga EV di Malaysia terlalu mahal – Penganalisis

Berita Tempatan

Views

Pasaran kenderaan elektrik (EV) di Malaysia berdepan halangan besar kerana ramai pengguna merasakan tawaran sedia ada ketika ini adalah terlalu mahal berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Menurut Berita Harian, penganalisis RHB Investment Bank, Jim Lim Khai Xhiang, berkata hal ini terutamanya kerana kos bateri yang tinggi iaitu sekitar 30 hingga 40 peratus kos EV, dijangka kekal tinggi pada 2023.

Beliau berkata, pengguna juga tidak biasa masa mengecas yang lama iaitu antara 30 minit hingga lebih daripada lapan jam kerana mereka lebih terbiasa dengan masa mengisi minyak yang pendek di stesen minyak.

Namun, masa mengecas EV akan terus berkurang dengan teknologi yang kian maju. Ketiga pada pandangan mereka, kekurangan infrastruktur pengecasan menjadikannya mencabar untuk memiliki EV.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Khai Xhiang berkata, walaupun EV baharu BYD ATTO3 3 menerima sekitar 1,500 pesanan dalam masa sebulan selepas pelancarannya, dengan kira-kira 1,000 pesanan diterima dalam 10 hari pertama, beliau berpendapat permintaan untuk EV di Malaysia masih lemah.

Katanya, semua model EV popular yang ada di sini seperti BMW iX, Hyundai Ioniq 5, Kia EV6, Mazda MX-30, mempunyai stok tersedia. Walaupun jenama-jenama lebih mampu milik (seperti Lingbox) akan memasuki pasaran, pihaknya fikir masih terdapat beberapa halangan kepada penerimaan EV,.

Khai Xhiang berkata, Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan semula pada 24 Februari ini dijangka menonjolkan beberapa dasar yang mungkin mempercepatkan penerimaan EV.

Pertama, katanya insentif untuk menarik pengeluar peralatan asal untuk memasang EV masing-masing di lokasi tempatan juga dapat memberi insentif kepada mereka untuk menjual EV secara domestik, lantas menambah pilihan dan jumlah unit yang ada.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Kedua, tempoh bebas cukai lebih lama bagi pembelian EV dapat membantu pembeli memanfaatkan pelepasan cukai apabila lebih banyak EV memasuki pasaran.

Belanjawan 2023 terdahulu yang dibentangkan oleh kerajaan sebelum ini hanya hanya melanjutkan pengecualian cukai duti eksais dan import bagi EV yang diimport sepenuhnya (CBU) selama satu tahun kepada akhir 2024, daripada akhir 2023.

Tempoh pengecualian cukai bagi EV yang dipasang tempatan (CKD) kekal sehingga hujung 2025. Beliau berkata, dasar ketiga yang dijangka diumumkan semasa Belanjawan 2023 adalah insentif langsung bagi syarikat-syarikat memasang pengecas EV yang membantu menangani halangan kepada penerimaan pengguna.

Katanya, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, baru-baru ini berkata akan ada banyak lagi insentif berkaitan EV dalam Belanjawan 2023 yang disemak semula. Khai Xhiang berkata, RHB Investment Bank mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor automotif.

Walaupun pihaknya menjangkakan perolehan suku keempat 2022 yang tinggi, mereka kekal neutral terhadap sektor ini kerana menjangka jualan kereta 2023 akan melemah daripada asas 2022 yang tinggi disebabkan oleh ketidaan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta harga kereta lebih tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit BYD Cars Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply