ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu D-Max X-Terrain dipertingkatkan – Dua warna baharu, harga dari RM146,938.40

Berita Tempatan

Views

Isuzu Malaysia hari ini memperkenalkan trak pikap Isuzu D-Max X-Terrain yang dipertingkatkan. Sejak pelancarannya setahun lalu, ia telah berjaya menggondol lima anugerah “Trak Pikap Tahunan Terbaik” dan telah terbukti menjadi salah satu trak yang paling lasak, serba boleh dan canggih dalam pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, model ini telah menghubungkan jurang antara fungsi sebenar trak pikap dengan kehendak pelanggan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

D-Max X-Terrain 2022 ditawarkan dengan pilihan dua warna baharu iaitu Silky Pearl White dan Onyx Black, termasuk warna sedia ada Valencia Orange.

Antara penambahbaikan yang dibuat pada D-Max X-Terrain 2022 adalah Monitor Pandangan-Keliling dan pengecas tanpa wayar Qi yang terletak di ruang depan gear. Ia sesuai digunakan untuk hampir semua jenis telefon pintar,

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan lampu alu-aluan LED dan pelindung geseran (scuff plate) berlampu. Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo yakin dengan tambahan ciri dan warna baharu, D-Max X-Terrain akan terus menarik lebih ramai pemandu untuk beralih ke kenderaan kategori ini.

Tempahan bagi Isuzu D-Max X-Terrain 2022 dibuka bermula sekarang di semua pengedar Isuzu sah dan akan mula diserahkan kepada pemilik pada pertengahan bulan Julai. Ia dijual dengan kenaikan harga minimum dengan harga atas jalan (tidak termasuk insuran) bermula dengan RM146,938.40.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply