ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jakarta ke Bandung cuma 40 minit dengan kelajuan 400 km/j – Projek Kereta Cepat buat kaki ‘shopping’ teruja!

Berita Tempatan

Views

Nampaknya negara jiran kita, Indonesia semakin di depan. Setelah kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang menyebabkan ‘wang negara lebur’ sebanyak RM320,270,519.24 untuk membayar pampasan, Indonesia pula bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki kereta api berkelajuan tinggi.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Projek dinamakan Kereta Cepat Jakarta-Bandung  itu dijangka siap menjelang tahun 2022 dan bakal mempunyai landasan sepanjang 142.3 kilometer dengan kelajuan kereta apinya mencecah sehingga 400 km/jam. Ini sekaligus membolehkan masa perjalanan dari dua kota besar, Jakarta dan Bandung dipercepatkan, hanya sekitar 40 minit sahaja berbanding 3 jam jika menaiki kereta api biasa. Berdesup beb!

Kereta api ini pula mempunyai lapan gerabak sepanjang 209 meter dan terbahagi kepada tiga kelas yang berbeza, iaitu Kelas VIP (9 penumpang), Kelas Pertama (28 penumpang) dan Kelas Kedua (555 penumpang). Kereta Cepat Jakarta-Bandung menggunakan model kereta api berkelajuan tinggi CR400AF buatan syarikat CRRC Corporation Limited (CRRC) dari China.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Kereta Cepat mempunyai empat buah stesen utama iaitu Halim, Karawang, Walini dan Tegalluar serta sebuah depoh di Tegalluar. Menurut TheVocket, Sepatutnya projek mega ini siap lebih awal iaitu 2019, namun ia tertangguh akibat negara Jepun tidak berminat dengan projek ini dan hanya mahu menumpukan kepada kereta api konvesional Jakarta–Semarang–Surabaya.

Apa yang menarik, tambangnya boleh dikatakan agak berpatutan, iaitu Rp 250,000 (RM70.12) untuk perjalanan sehala. Pergi balik lebih kurang RM140 seorang, tapi memang berbaloi kerana kaki ‘shopping‘ pasti teruja dan tak sabar nak ‘memborong sakan’ di Bandung nanti. Dah boleh menabung dari sekarang, tunggu apa lagi sobat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit keretacepat_id

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply