ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan baharu Raintree bantu kurangkan kesesakan pada waktu puncak dan musim perayaan

Berita Tempatan

Views

Pembukaan jalan baharu Raintree di Taman Raintree, Batu Caves di Gombak membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di beberapa kampung dan kawasan perumahan di sekitarnya pada waktu puncak dan musim perayaan terutamanya Thaipusam.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jalan baharu yang sudah digunakan beberapa hari lalu juga merupakan laluan alternatif dan menjadi jalan pintas penduduk sekitar antaranya Kampung Laksamana dan Gombak Permai untuk ke stesen komuter, kuil Batu Caves dan perumahan bersebelahannya.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ujar beliau, walaupun ini laluan alternatif tetapi sebenarnya menjadi laluan utama penduduk di kawasan sekitar. Beliau percaya laluan ini juga dapat membantu menggerakkan beberapa pelan dan perancangan Kerajaan Negeri.

Tambahnya, yang paling hampir ialah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) selain kawasan perumahan baharu di Gombak Permai serta Kampung Temenggung dan Kompleks Islam Wira Damai yang dijangka siap antara tiga hingga lima tahun lagi.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kerana berjaya melengkapkan pelan pembinaan laluan tersebut yang tertangguh sebelum ini.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Sebelum ini pihaknya telah menetapkan sumbangan yang perlu dikeluarkan pemaju di kawasan persekitaran untuk menyiapkan laluan ini namun ada pemaju yang tidak membayar dan terlewat, akhirnya jumlah yang dapat dikumpulkan hanya RM700,000 daripada keseluruhan kos RM1.96 juta.

Tambah beliau, ini juga merupakan janji Pilihan Raya Umum (PRU) untuk Dewan Undangan Negeri. Amirudin berkata, pembukaan jalan ini juga membantu menyelesaikan beberapa aduan penduduk di sekitar Taman Raintree.

Sebelum ini, kawasan ini digemari oleh pembuang sampah dan menyebabkan penduduk terpaksa berhadapan bau busuk, kegiatan pembakaran terbuka dan pencerobohan. – Selangorkini

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply