ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar lari, lelaki Bangladesh pandu Proton Waja diburu

Berita Tempatan

Views

Polis memburu seorang lelaki warga Bangladesh yang melarikan diri selepas dipercayai melanggar penunggang motosikal dalam kemalangan maut di Jalan Teluk Piah Kanan di Kuala Selangor, kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta Proton Waja dan motosikal Honda EX5 ditunggang lelaki tempatan berusia 33 tahun.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang bersendirian sedang menuju ke Bukit Rotan sebelum dilanggar kereta warga Bangladesh itu dari arah belakang.

Katanya, impak pelanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal tercampak ke atas jalan. Pemandu itu kemudian dipercayai bertindak keluar daripada kereta dan terus melarikan diri.

Mangsa yang parah kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi hari sama.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Jelas beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan pada otak akibat kemalangan itu.

Tambah Ramli, pihaknya telah melakukan pencarian pemandu itu di sekitar kawasan Kuala Selangor dan Jeram namun belum menemuinya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Najmi Abd. Rahman di talian 017-8028105 atau balai polis berdekatan. KOSMO!ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply