Empat agensi iaitu jabatan bomba dan penyelamat, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Klinik Kesihatan Paka terperdaya dengan panggilan palsu kononnya berlaku kemalangan ngeri di Kampung Pinang Merah, Paka di Dungun malam tadi.
Kemalangan yang kononnya melibatkan sebuah lori, dua buah kereta dan sebuah motosikal sebenarnya tidak pernah berlaku malah lokasi kejadian iaitu Sekolah Kebangsaan Pinang Merah juga tidak wujud.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Aidil Khairim Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang individu mendakwa kemalangan tersebut berlaku pada pukul 8.59 malam.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Beliau berkata, individu terlibat mendakwa dua bas lain turut merempuh kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan pertama.
Individu itu mendakwa beberapa mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing namun apabila dua jentera bomba tiba di lokasi kejadian, tiada apa-apa yang berlaku.
Bukan sahaja bomba malah pasukan polis, APM dan ambulans klinik kesihatan juga terperdaya dengan panggilan palsu yang sama.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Terdahulu di media sosial tersebar sebuah klip video memaparkan anggota kesemua pasukan keselamatan terpinga-pinga berada di lokasi kejadian kemalangan palsu tersebut mendapat reaksi warganet.
Rata-rata mereka marah dengan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut yang sahaja membuang masa malah menyusahkan anggota keselamatan.
Mohd. Aidil Khairim berkata, cubaan mereka untuk menghubungi semula individu tersebut bagi bertanyakan tentang kemalangan didakwa tidak dijawab. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI