ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nahas lima pelajar USAS rentung – Polis tahan pemandu treler rempuh Honda City

Berita Tempatan

Views

Pemandu treler yang terbabit kemalangan mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara tengah malam tadi, ditahan pihak polis.

Menurut KOSMO! ONLINE, difahamkan, suspek berusia 28 tahun berasal dari Jitra, Kedah itu ditahan di lokasi kejadian, awal pagi ini. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya akan membuat permohonan reman ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

Katanya, permohonan reman ke atas lelaki itu akan dilakukan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, kemalangan melibatkan kereta jenis Honda City dinaiki mangsa dengan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

Katanya, ketika kejadian, treler muatan mozek dipandu lelaki berusia 37 tahun itu sedang dipandu di lorong kanan dengan kereta mangsa mengekori di belakang disebabkan lorong kiri laluan dari Kilometer 246 hingga 244.4 ditutup kerana penyelenggaraan jalan.

Semasa melalui kawasan tersebut, treler dan kereta itu dipercayai memperlahankan kenderaan sebelum sebuah treler muatan pagar besi tidak sempat membrek lalu merempuh belakang kereta tersebut.

Rempuhan itu menyebabkan kenderaan berat berkenaan menyeret kereta mangsa ke hadapan sehingga melanggar bahagian belakang treler lain.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Menurut beliau, akibat kemalangan itu, kereta dipandu mangsa berusia 22 tahun terbakar sebelum merebak ke bahagian kepala treler muatan pagar besi.

Pemandu kereta dan empat penumpang telah tersepit dan tidak sempat menyelamatkan diri. Kesemua mangsa yang rentung disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam itu, kesemua mangsa rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

Mangsa terlibat dikenali Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20. Dalam kejadian tersebut, pemandu treler berusia 28 dan 37 tahun tidak cedera.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply