ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan Temiang-Pantai dipantau JPJ, elak jadi lokasi bergambar

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau Jalan Temiang-Pantai yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar bagi memastikan keselamatan pengguna lalu lintas.

K! ONLINE melaporkan, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pemantauan berterusan bagi memastikan tiada pengguna berhenti di lorong kecemasan dan bergambar lebih-lebih lagi dalam jumlah kenderaan yang banyak.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Ujarnya, tindakan (menghentikan kenderaan di lorong kecemasan) boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Apabila mereka berhenti secara berkumpulan boleh mengganggu kelancaran trafik selain menimbulkan panik kepada pemandu lain yang dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Sebelum ini tular di media sosial, sekumpulan individu daripada sebuah kelab kereta meletakkan kenderaan di lorong kecemasan kedua-dua arah di Jalan Temiang-Pantai untuk bergambar di jalan raya berkenaan.

Jalan Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk merakam gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit yang seakan ‘New Zealand’ di Malaysia.

Sehubungan itu, Hanif menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya supaya tidak menimbulkan kesukaran dan membahayakan pengguna lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply