ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki lari dari SJR dalam video tular masih diburu pihak polis

Tular

Views

Baru-baru ini tular satu rakaman video yang memaparkan cubaan seorang penunggang motosikal untuk melarikan diri dari sekatan jalan raya di Jalan Kuching – Samarahan Expressway.

Video tersebut sebenarnya agak lucu kerana lelaki tersebut telah dikejar oleh seorang pegawai polis trafik yang menumpang sebuah Perodua Myvi.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Apabila Myvi tersebut berhenti, lelaki itu terus membuka pintu dan kemudiannya ‘lari lintang-pukang’ setelah menyedari anggota trafik di dalam kereta itu cuba untuk menangkapnya.

Menurut kenyataan media dari Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu, anggota tersebut telah mengesan seorang lelaki yang menunggan motosikal jenis Yamaha Y110 berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Suspek bertindak melarikan diri dan dikejar sehingga menghampiri Jambatan Kuap menghala ke Kota Samarahan. Lelaki yang dipercayai seorang warga Indonesia dan tidak memiliki lesen memandu itu, telah berjaya meloloskan diri ke belukar yang berhampiran.

Motosikal yang ditinggalkan suspek telah disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis kini sedang giat mengesan lelaki berkenaan yang menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran QKB1244.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi DSP Mathew ak Manggie, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Sarawak di talian 012-8854849 atau 082-274018 (pejabat).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply