ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sanggup ‘gadai nyawa’ buat aksi berbahaya demi tontonan tinggi

Berita Tempatan

Views

Trend merempit semakin menjadi-jadi di Johor sejak kebelakangan ini dimana penunggang motosikal sengaja melakukan aksi berbahaya semata-mata sebagai kandungan untuk meraih ‘tontonan’ yang tinggi di media sosial.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, antara aksi dilakukan termasuklah lumba haram, wheelie dan Superman selain mengubah suai kenderaan.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Katanya, golongan berkenaan dilihat masih tidak serik walaupun pernah terlibat dengan kemalangan selain telah diambil tindakan sebelum ini.

Ekoran aktiviti mat rempit semakin menjadi-jadi di Johor kebelakangan ini, kita telah menjalankan Op Khas Samseng Jalanan bermula 9 April hingga kelmarin.

Sepanjang tempoh berkenaan, seramai 42 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Mereka yang ditahan kesemuanya berusia antara 14 hingga 53 tahun dengan penumpuan khusus diberi terhadap kumpulan motosikal yang melakukan konvoi dan aksi berbahaya lain.

Tambah Kumarasan, dalam tempoh seminggu itu juga, pihaknya telah mengeluarkan sejumlah 2,350 keping saman atas pelbagai kesalahan dengan pemeriksaan dibuat terhadap 12,815 individu melibatkan 10,035 buah kenderaan.

Daripada jumlah tersebut, 3,723 buah motosikal telah diperiksa dengan 208 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply