ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jangan ambil risiko alih objek di lebuh raya – PLUS

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan tindakan berani seorang lelaki berbangsa India yang sanggup ‘menggadai nyawa’ untuk mengalihkan besi yang terjatuh di tengah-tengah lebuh raya. Tindakan tersebut telah menyentuh hati para warganet dan rata-rata memuji keberanian lelaki tersebut.

Video tersebut turut mendapat perhatian pihak PLUS. Namun menurut laporan Berita Harian hari ini, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) satu kenyataan menasihatkan orang awam untuk tidak mengambil risiko mengalihkan sebarang halangan atau objek yang tercicir di lebuh raya.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Menerusi kenyataan tersebut, PLUS berkata pihaknya mempunyai langkah keselamatan yang ditetapkan untuk dilaksanakan oleh petugas lebuh raya yang terlatih seperti anggota PLUSRonda dan penyelenggaraan Propel. Kata PLUS, lebuh raya adalah persekitaran yang amat berbahaya dengan kehadiran banyak kenderaan.

Oleh itu, PLUS tidak menggalakkan pelanggan yang mengesan kehadiran sebarang objek atau halangan di lebuh raya untuk mengalihkan memandangkan tindakan terbabit boleh mendedahkan mereka kepada risiko dirempuh oleh kenderaan lain sekali gus menyebabkan kemalangan.

Pelanggan dinasihatkan supaya segera menghubungi PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 sebelum pasukan PLUSRonda atau Propel dikerahkan ke lokasi untuk mengalihkan objek berkenaan. Selain itu, PLUS turut menegaskan tugas mengalihkan objek atau halangan di lebuh raya hanya boleh dikendalikan oleh petugas lebuh raya seperti yang diperuntukkan di dalam Pasport Keselamatan Operasi Lebuhraya (EOSP) yang diperkenalkan oleh syarikat.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

PLUS menegaskan, mereka tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan semua pelanggan lebuh raya. Justeru, sebagai satu daripada langkah meningkatkan tahap keselamatan, pasukan PLUSRonda dan penyelenggaraan sentiasa membuat rondaan untuk mengesan halangan atau objek yang tercicir di lebuh raya.

PLUS juga sudah memperkenalkan penggunaan pasukan kenderaan keselamatan bagi mewujudkan zon keselamatan sementara kerja pengalihan sebarang objek atau halangan di lebuh raya. Pelanggan lebuh raya dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan mematuhi arahan serta mengurangkan kelajuan kenderaan ketika pasukan ini sedang beroperasi.

Jelas kenyataan itu lagi, pihak PLUS juga sentiasa berkolaborasi bersama agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau polis untuk mengurangkan kehadiran halangan atau objek yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelanggan lebuh raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply