ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Malaysia, Safe ‘n Sound dan Childline Foundation tawar kerusi keselamatan kanak-kanak pada harga susbsidi – Terhad kepada 150 unit sahaja

Berita Tempatan

Views

Sejajar dengan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mulai Januari 2020, BMW Malaysia bersama Childline Foundation dan Safe ‘n Sound mengadakan program subsidi yang menawarkan sebanyak 150 unit kerusi tersebut pada harga bersubsidi RM100 seunit.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360° bagi menggalakkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, statistik menunjukkan hanya 30 peratus pemandu yang menggunakan kerusi khas untuk anak-anak mereka, maka ia menjadi lebih mustahak bagi mereka untuk memberi penekanan terhadap keselamatan kanak-kanak, dan bersedia untuk mengharungi cabaran dalam usaha untuk mendidik dan meningkatkan aksesibiliti ke atasnya.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Mereka menyedari bahawa terdapat golongan ibu bapa yang mungkin mempunyai akses terhad ke atas kerusi khas berkenaan – lantas mereka diberikan pelepasan cukai serta yuran eksais yang lebih rendah untuk memperoleh kerusi ini. Sehubungan itu, mereka membawakan program subsidi tersebut menerusi kemudahan dalam talian untuk menjadikan kerusi kereta kanak-kanak ini lebih mudah untuk diakses bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound akan mensubsidikan 150 kerusi kereta mudah bawa (carrier) snskidz Ace yang setiap satunya bernilai RM100. Kerusi khas tetapan menghala ke belakang, yang bernilai RM199 ini boleh digunakan sejak lahir sehingga berat bayi mencecah 13kg. Produk tersebut juga menerima persijilan ECE R44-04.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Ibu bapa boleh mendaftar untuk memperoleh kerusi khas bersubsidi berkenaan menerusi pautan ini bermula semalam hingga 15 Disember 2019. Ibu bapa yang layak menerima subsidi tersebut akan dimaklumkan, kemudian bayaran berjumlah RM100 perlu dibuat sebelum kerusi khas berkenaan boleh diambil.

Datin Wong Poai Hong, Childline Foundation berkata, para ibu bapa juga akan dididik mengenai kaedah yang betul dalam pemilihan dan pemasangan kerusi kereta kanak-kanak untuk menjamin keselamatan anak-anak mereka setelah kerusi khas tersebut diperoleh. Dengan mendidik mereka, pihaknya berharap mereka juga akan menjadi penaung bagi inisiatif keselamatan kanak-kanak.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia pula berkata, program BMW Safety 360° ialah program yang telah berjalan sejak lima tahun yang lalu, mereka berharap untuk melihat lebih ramai rakan-rakan kongsi memainkan peranan yang aktif untuk menjadikan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak sebagai sebuah norma di Malaysia, sama ada melalui pendidikan mahupun dengan meningkatkan tahap aksesibiliti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply