ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

JDT taja Hafizh Syahrin, bakal sertai saingan ARRC musim 2024

Sukan Permotoran

Views

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperluaskan jenama mereka apabila kali ini menaja pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk pertandingan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada musim 2024.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Biarpun masih baharu, namun JDT terus memasang hasrat untuk melangkah lebih jauh dalam sukan permotoran dan meletakkan sasaran berlumba di Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) selepas ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook Johor Southern Tigers, usaha terbaharu ini disasarkan akan mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Nama Hafizh Syahrin bukan asing lagi dalam dunia permotoran apabila pernah membuat kemunculan dalam perlumbaan di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada tahun 2018 dan 2019 bersama jentera Yamaha serta KTM.

Pelumba berusia 29 tahun juga pernah beraksi di Moto2 dan ketika ini beraksi di WSBK. Selain bola sepak, JDT turut menceburi beberapa sukan lain seperti futsal, polo, tinju dan hoki ais. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JOHOR Southern Tigers

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply