ARKIB

KATEGORI

Buletin

Larangan parkir depan rumah dikuat kuasa demi keharmonian antara jiran – MBPG

Berita Tempatan

Views

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melaksanakan penguatkuasaan larangan meletak kenderaan di hadapan kediaman adalah bertujuan untuk menjaga keharmonian antara jiran-jiran di bandar raya ini.

Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, ini kerana isu berkenaan telah menimbulkan banyak pergaduhan antara penduduk di kawasan kediaman masing-masing.

Beliau bagaimanapun berkata, penguatkuasaan undang-undang itu dijangka hanya akan mula dilaksana tahun depan, di mana pihaknya akan melakukan kempen kesedaran terlebih dahulu.

Jelas beliau, undang-undang ini telah lama ada, cuma perkara ini tular selepas terdapat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan itu ekoran ratusan aduan diterima MBPG.

Tahun lalu pihaknya telah menerima 242 aduan, manakala sehingga September tahun ini, sebanyak 349 aduan telah diterima .

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Majoriti daripada aduan tersebut dibuat jiran-jiran yang memaklumkan mereka bergaduh dan tidak bertegur sapa antara satu sama lain disebabkan perkara ini selama bertahun-tahun.

Jadi sudah tiba masanya, MBPG menguat kuasa undang-undang ini demi keharmonian masyarakat dan penduduk.

Tambah beliau, hasrat MBPG adalah untuk memulihkan hubungan sesama anggota masyarakat. Pada masa sama pihaknya juga tidak mahu membebankan lagi masyarakat tanpa sebab yang wajar.

Tambah Asman Shah, tindakan penguatkuasaan itu juga merupakan tanggungjawab pihaknya kepada pembayar cukai di kawasan Pasir Gudang.

Pihaknya perlu bertindak terhadap setiap aduan diterima kerana tidak mahu dituduh sebagai tidak melaksanakan tanggungjawab. Walaubagaimanapun, penguatkuasaan undang-undang itu dijangka hanya dibuat tahun depan.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

MBPG akan mengadakan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat tentang peraturan itu tahun ini. Sebelum ini, pihaknya memberi kelonggaran kepada dan tidak mengenakan tindakan tegas sebaliknya bersikap fleksibel, namun apabila perkara itu perlu, ia akan dilaksanakan.

Asman Shah turut memberitahu, pihaknya telah mengeluarkan lapan notis berhubung kesalahan tersebut bagaimanapun masih tiada kompaun dikenakan kepada mana-mana pemilik kenderaan.

Apabila menerima aduan, pihaknya akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu dan sekiranya benar aduan itu, notis selama 21 hari akan diberikan untuk pemilik kenderaan mengalihkan kenderaan mereka.

Sekiranya masih berdegil, baharulah tindakan kompaun dibuat melibatkan jumlah minimum sebanyak RM100 dan maksimum sebanyak RM2,000 bagi kesalahan berulang.

Jelasnya, penguatkuasaan ini satu perkara yang bagus dan majoriti maklum balas yang diterima adalah positif yang mana mereka menyokong ia dikuatkuasakan.

Beberapa hari lalu, tular satu notis pemberitahuan MBPG yang menyatakan larangan meletakkan kenderaan di hadapan rumah termasuk di luar pagar sehingga mendapat pelbagai reaksi penduduk Pasir Gudang, termasuk kepimpinan politik. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply