ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jerayawara Ford Ranger generasi baharu bakal singgah di Sabah dan Sarawak

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) bakal mempertontonkan Ranger generasi baharu di Vivacity Megamall, Kuching pada 7-11 September dan juga di Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.

Berlangsung sebelum pengenalan di bilik pameran, acara pratonton ini adalah sebahagian daripada penampilan sulung awam di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai mendekati model terbaharu trak pikap ikonik Ford ini.

Selain itu, mereka yang telah menerima jemputan eksklusif ke acara ini juga akan diberikan tempat ketika majlis pengenalan pada 7-11 September, dari 10.30-11.30 pagi, di Vivacity Megamall; dan pada 5-9 Oktober, dari 10.30-11.30 pagi, di Suria Sabah Shopping Centre.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Mereka juga akan diberikan taklimat terperinci berkaitan Ranger generasi baharu. Pendaftaran akan dibuka 30 minit sebelum majlis pengenalan.

Diberikan rekaan baharu sepenuhnya, Ranger generasi baharu sekali lagi akan memberi takrifan berbeza dalam segmennya sebagai sebuah kenderaan gaya hidup yang menyeluruh, untuk tujuan kerja, keluarga dan riadah.

Dengan gaya lebih menawan, prestasi atas jalan dan off-road lebih baik, teknologi pintar dan ciri keselamatan pemanduan, sistem pengurusan kargo yang diperkemas, ruang dalaman yang terhubung dengan rasa premium ala SUV, Ranger generasi baharu ini direka untuk lebih menonjol daripada yang lain, di mana saja.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Jangan ketinggalan untuk ikut serta dalam siri jelajah pengenalan sulung dan pratonton Ranger generasi baharu. Selain boleh mendekati kenderaan canggih berkenaan, turut disediakan ialah hadiah berupa cenderahati Ford untuk dimenangi.

Sila ke laman “Daftar” di sini untuk mendapatkan jemputan eksklusif di lokasi berdekatan anda.

Tarikh Bandar Lokasi
7-11 September Kuching Vivacity Megmall
5-9 Oktober Kota Kinabalu Suria Sabah Shopping Centre

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply