ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger generasi baharu kini lebih canggih dan mesra pengguna

Berita Tempatan

Views

Ranger generasi baharu merupakan Ranger paling pintar setakat ini, dengan tumpuan untuk memperkaya pengalaman pengguna. Dari sistem infohibur SYNC®i 4A generasi baharu hinggalah kepada skrin format luas yang berfungsi seperti telefon pintar, serta paparan instrumen digital, Ranger generasi baharu lebih daripada sebuah trak pikap dengan teknologi berpaksikan pelanggan.

Ciri-ciri utama teknologi Ranger

  • Panel instrumen digital lapan-inci yang meliputi animasi awal dan akhir nyalaan serta meter kelajuan dan takometer digital.
  • Bergantung kepada varian, pemilik boleh memilih antara tataletak yang memaparkan maklumat seperti teknologi bantuan pemandu, takometer dan petunjuk lainnya.
  • Oleh kerana Ranger generasi baharu mempunyai mod pemanduan atas jalan dan off-road, paparan panel instrumen mempunyai tema berbeza bagi setiap mod yang dipilih.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

  • Sistem komunikasi dan hiburan SYNC 4A yang menawarkan sambungan telefon pintar Apple CarPlay™ nirwayar dan Android Auto™.
  • Skrin infohibur 10.1-inci atau 12-inci yang memaparkan maklumat utama, seperti tunjuk arah terhubung, telefon pengguna yang disambungkan serta banyak lagi.
  • Bergantung kepada varian, dengan hanya menekan satu butang, pemandu boleh pergi ke skrin khusus untuk off-road di mana mereka boleh meninjau pacuan, sudut stereng, kecuraman kenderaan, sudut olengan dan kawalan lain.
  • Pendingin dan hiburan kabin boleh dikawal melalui skrin SYNC, dengan kawalan fizikal tambahan tersedia di bawah skrin untuk pelarasan pantas dan mudah.
  • Kamera 360-darjah untuk memudahkan urusan meletak kenderaan.
  • Varian Ranger WildTrak dilengkapi dengan brek parkir elektrik.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

  • Sistem pengecasan nirwayar dengan teknologi Qi, slot USB, soket 12V/240V dan penyongsang 150W.
  • Kamera pemuka (dashcam).
  • Soket 400W dan 12V turut tersedia di kotak barangan.
  • Lampu utama LED Matrix untuk varian Ranger WildTrak

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, akan mempertontonkan Ranger generasi terbaharu di lokasi berikut:

Tarikh Kawasan Tempat
7-11 September Kuching Vivacity Megamall
5-9 Oktober Kota Kinabalu Suria Sabah Shopping Centre

Acara pratonton ini adalah sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara bagi Ranger generasi baharu ini di lima kawasan, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Daftar di pautan ini untuk mendapatkan jemputan eksklusif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply