smart Malaysia kini sedang meneruskan perjalanan jerayawara smart Tour ke Pulau Pinang, untuk mempamerkan model-model terbaharunya iaitu smart #1 dan #3.
Jerayawara ini diadakan untuk mendekatkan orang ramai dengan EV inovatif daripada smart dengan demonstrasi langsung yang mempamerkan ciri-ciri utama seperti keupayaan V2L dan aplikasi Hello smart.
smart Malaysia menjemput peminat kenderaan elektrik (EV) di Pulau Pinang untuk bersama-sama dan merasai prestasi smart #1 dan #3.
Lokasi smart Tour di ‘Pulau Mutiara’ adalah di aras bawah Gurney Plaza dari 4 hingga 8 September 2024, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran ekslusif smart Fest, dengan penjimatan sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS.
Selain itu, para pengunjung juga boleh mendapatkan tips yang bermanfaat daripada pakar smart, dan jangan lepaskan peluang untuk memandu uji model smart.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI