ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jika 8 tanda awal ini muncul, bermakna brek kenderaan anda perlu diperiksa dengan segera

Info

Views

Kami ingin kongsikan info yang telah dimuatnaik ke laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mengenai tanda-tanda awal brek kenderaan anda perlu diperiksa. Brek adalah komponen paling penting dalam sesebuah kenderaan dan ia perlulah diperiksa secara berkala bagi memastikannya berfungsi dengan baik.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Jika tanda-tanda awal ini muncul, segeralah ke pusat servis atau bengkel yang berhampiran untuk membuat pemeriksaan:

  • Terdengar bunyi – Kedengaran bunyi seperti nyaring, bergeser atau ketukan semasa menekan injak brek.
  • Tidak seimbang – Kenderaan anda hilang imbangan seperti ditarik ke bahagian kiri atau kanan jalan semasa menekan brek.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

  • Injak rendah – Injak brek kenderaan anda ‘rapat ke lantai’ apabila menekan brek.
  • Injak tinggi – Injak brek terasa ‘keras’ dan anda terpaksa menekan brek dengan kuat.
  • Kurang cengkaman – Jarak kenderaan anda untuk berhenti semakin bertambah.
  • Bergetar – Stereng dan injak brek bergetar setiap kali anda menekan brek.
  • Bau terbakar (hangit) – Anda akan terhidu bau seperti terbakar (hangit) di bahagian belakang kenderaan.
  • Lampu amaran menyala – Lampu indikator simbol brek akan menyala pada paparan meter kenderaan anda.

Semoga info ringkas ini memberi manfaat kepada anda semua!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply