ARKIB

KATEGORI

Buletin

Joging dan melepak atas jambatan – 54 individu dikompaun RM2,000 setiap seorang

Berita Tempatan

Views

Gara-gara berkumpul dan berjoging sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Sekatan Pergerakan Penuh, seramai 54 individu dikenakan kompaun di Jambatan Raja Muda Nala, di Klang, semalam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tindakan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam terhadap aktiviti di lokasi berkenaan.

Katanya, tinjauan dijalankan kira-kira jam 6 petang mendapati terdapat ramai orang awam telah meletak kenderaan berdekatan tempat halangan batu di lokasi berkenaan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Selain itu terdapat aktiviti berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang telah ditutup. Tambahnya, sehubungan itu, seramai 54 individu telah dikenakan kompaun bernilai RM2,000 setiap seorang.

Jelas beliau lagi, kompaun dikeluarkan terhadap mereka yang berada di lokasi aduan, bantuan turut diberikan oleh Ibu Pejapat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan menghantar Team Enforcement IPK Selangor.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply