ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Lexus lari dari SJR serah diri

Tular

Views

Seorang lelaki menyerah diri di Balai Trafik Sepang semalam selepas tindakannya memecut laju kenderaan ketika pemeriksaan sekatan jalan raya di Kilometer 47.8 Lebuhraya Damansara Puchong. Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, video insiden pada Sabtu itu tular di Facebook.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurutnya, siasatan mendapati pemandu kenderaan Lexus RX itu diarah berhenti untuk pemeriksaan anggota polis ketika sekatan terbabit, namun pemandu berkenan terus memecut laju hingga hampir melanggar seorang lagi anggota bertugas.

Bertindak hasil siasatan, polis mengenal pasti pemilik kenderaan berusia 31 tahun yang merupakan warga tempatan. Lelaki itu datang ke Balai Trafik Sepang pada jam kira-kira 6.30 petang dan soal siasat mendapati semasa kejadian kenderaan itu dipandu oleh adiknya berusia 21 tahun.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Beliau berkata, siasatan lanjut punca adik pemilik kenderaan itu tidak berhenti semasa pemeriksaan kerana kerana lesen memandu tamat tempoh. Adik lelaki itu kemudian tampil serah diri di Balai Trafik Sepang kira-kira jam 8 malam.

Ujian saringan air kencing didapati negatif dadah. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 78(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply