ARKIB

KATEGORI

Tular

JPJ ambil tindakan terhadap pemilik Bezza buang ‘barang mistik’ dari atas jambatan

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan yang tular susulan membuang sampah ke dalam sungai semalam. JPJ menerusi kenyataan media berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis temu siasat mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik Perodua Bezza berkenaan.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Menurut kenyataan itu, membuang sampah dari kenderaan bermotor adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas Jalan 1959. Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman boleh dikenakan terhadap pelaku mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Jika sabitan kesalahan kedua pula boleh didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjara tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya. Pada masa sama, JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan amalan membuang sampah dari kenderaan sebagai kebiasaan kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar serta boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Terdahulu, tular video sebuah kereta yang berhenti di jambatan sebelum seorang wanita membuang sampah ke dalam sungai menerusi tingkap. Video berdurasi 20 saat itu mendapat kecaman daripada warganet yang mengatakan individu berkenaan tiada kesedaran sivik sehingga sanggup membuang sampah secara terbuka ke dalam sungai.

Namun, terdapat laman Facebook yang mendakwa wanita berkenaan memohon maaf atas tindakannya. Wanita berkenaan menjelaskan yang dirinya baharu sahaja puang dari berubat secara tradisonal dari Kuala Krai dan diminta oleh perawat tradisional tersebut supaya membuang ‘barang saka’ ke dalam arus sungai yang mengalir.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply