ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda kekal jenama bukan-nasional nombor satu di Malaysia selama enam tahun berturut-turut!

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan yang mereka telah berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 60,469 unit kenderaan pada tahun 2020. Ini sekali gus mengekalkan kedudukan mereka di posisi teratas dalam Segmen Bukan-Nasional untuk tahun keenam berturut-turut.

Model City menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah jualan tertinggi sebanyak 34 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan. Ia diikuti oleh Civic dengan 20 peratus manakala HR-V pula sebanyak 17 peratus. City serba baharu merekodkan jualan bulanan tertinggi dalam sejarah dengan lebih 5,500 unit dijual pada bulan Disember lalu.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Sejak dilancarkan bulan Oktober lalu, ia mendapat reaksi positif daripada pasaran dan setakat ini telah mencatat lebih 15,200 tempahan, menjadikannya salah daripada angka tempahan tertinggi untuk model baharu dilancarkan oleh Honda Malaysia pada separuh kedua 2020.

Di antara bulan Oktober dan Disember 2020, Honda Malaysia telah menyerahkan hampir 10,800 unit City baharu kepada pelanggannya di seluruh Malaysia. Antara tiga varian yang ditawarkan, varian V merupakan yang paling popular dengan 52 peratus jualan keseluruhan.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Permintaan tertinggi pula datang dari kawasan Tengah Semenanjung Malaysia, dengan menyumbang sebanyak 48 peratus jualan keseluruhan, diikuti Selatan dengan 19 peratus dan Utara sebanyak 18 peratus. Berdasarkan angka jualan, Platinum White Pearl menjadi warna paling popular di kalangan pembeli dengan 26 peratus jualan keseluruhan model City.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, tahun 2020 mungkin sangat sukar, namun mereka berjaya mengekalkan kedudukan nombor 1 dalam Segmen Bukan-Nasional untuk tahun keenam berturut-turut dengan jumlah jualan sebanyak 60,469 unit.

Tambah beliau, City baharu membuktikannya sebagai model paling diminati dan merakamkan ucapan terima kasih kepada para pelanggan yang mengkekalkan keyakinan mereka pada jenama tersebut. Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana melanjutkan ‘cuti cukai‘ sehingga 30 Jun nanti dan ini membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli kereta dengan harga lebih jimat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply