ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ cari pendekatan tangani gejala basikal lajak

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang mencari pendekatan baharu bagi menangani isu basikal lajak yang kini semakin berleluasa. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid pihaknya sedang mengkaji pendekatan bersesuaian berhubung perkara itu.

Kata beliau, secara dasarnya JPJ mempunyai peruntukan Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 yang mempunyai kuasa untuk menilai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil. Tambahnya, mereka tidak menggelarkan basikal diubahsuai sebagai basikal lajak.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Dalam terma JPJ, sesebuah basikal mestilah bersifat secara menyeluruh atau sempurna iaitu perlu mempunyai brek, loceng, lampu, rantai serta tayar bersesuaian. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Operasi Bersepadu JPJ Kuala Lumpur di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, malam tadi.

Shaharuddin berkata, JPJ akan mengkaji secara teknikal terlebih dulu dan memikirkan pendekatan bersesuaian supaya isu basikal lajak dapat ditangani secara menyeluruh melalui advokasi. Dalam peraturan JPJ, setiap basikal yang berada di atas jalan raya perlu dikayuh secara beriringan, bersopan dan tidak melulu.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Katanya lagi, basikal yang dikayuh di atas jalan raya tanpa secara beriringan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Baru-baru ini tular satu rakaman video memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal lajak di media sosial di Tasik Tambahan, Ampang, Selangor.

Ekoran itu, sepasukan anggota penguat kuasa daripada Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya membuat pemantauan di lokasi berkenaan pada 29 Oktober lalu. Hasil pemantauan itu, empat remaja lelaki berusia antara 11 hingga 15 tahun ditahan bersama basikal lajak masing-masing sebelum dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply